CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

counting the day ^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

::__UnT!TLe__::

L!ttle Red R!d!ng Hood

Friday, March 30, 2012

Bangkit~

aku bangkit dari satu kepayahan
dalam dhuha aku tetap meminta
ampunkan aku Ya Tuhan
aku sungguh tak bisa.

Mentari tegak di cacak kepala
Tiba masa aku senyum
Senyum sendirian
Terima kasih Allah
Kabul doaku seharian aku menunggu
Terima kasih Allah
Tak pernah jemu dengarkan aku
Kerana aku telah BANGKIT!

aku seorang gadis bukan yang di atas ini

7PetalaCinta

Aku menangis dalam2. apakah ini kisah sebuah kehidupan? yang nyata Allah itu maha Mengetahui akan segalanya. Inilah kisah 7PetalaCinta. Baru selesai menghayati sebuah cerita rekaan manusia yang telah diaturkan Allah SWT..

Ini kisah kedua, setelah Nur Kasih The Movie tersemat dihati ini.terima kasih Allah..airmata ini deras mengalir..

Hamka,indahnya dirimu perawan.begitu engkau kuat dlm satu episod ketabahan.
Saidatul Nafisah, umpama sang bidadari yang membuka satu kekuatan dalam melupakan satu kisah percintaan yang diatur Allah Taala.
Attar,jalan Allah terbuka luas,berbahagialah dirimu seperti orang2 yang beriman.
Hilma,mungkin ada yang lebih baik,yang menjadi zaujah mu.InsyaAllah,jangan berhenti berdoa.

7 Petala Cinta,terima kasih Rabb~


Friday, March 16, 2012

Berteman Sepi~

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat 
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa 

Wednesday, March 7, 2012

renung tepat2,pandang dalam2

salam,

entry ni hanya untuk suka2 :D
aku memandang anak mata ku sendri, ku renung tajam2..ku lihat ada satu pengertian,yg aku sendiri sahaja mampu memahami. tidak engkau, tidak mereka ketahui. hanya aku.dan Maha Mengerti.
ku lihat, ada kelopak derita di dalamnya, ya,sgt dalam...tapi kau semua xkan nampak walau sedikit pun kerana di luarnya ada selaput ketawa.

ya,ketawa yg xpernah berhenti. kadang berdekah,kadang terkucil. jangan kau tanya bila tawa itu kan berhenti. dia kan berhenti tatkala selaput ketawa di luar itu mula terkoyak sendiri pabila ia xmampu menutup sang derita di pelusuk dalam itu.

maka, berbahagialah mereka yang mendapat rahmat dari Allah..yakni jln yg lurus dan hidayah yg xdibiarkan berlalu begitu shaja. dan dengan demikian, pelusuk derita di dalam  curam itu pasti tenang gembira kerana namanya sahaja derita, namun dia BAHAGIA :')

Tuesday, March 6, 2012

Kehilangan

salam,

Aku pernah ase kehilangan..kehilangan yang aku ase sgt menyebalkan hati aku ni..sedih sgt.

ye,aku pernah menjadi sahabat paling rapat dgn dia, tp tu dulu. tak lagi kini.
kesian kan, org yg aku anggap kawan sejati, menjauhkan diri terus menerus daripada aku. padahal,aku dlu tulang dia berdiri sampai berjaya cmnih.. sedih dan pilu di hati huhuhu.

dia, pergi. tinggalkan aku hanya dgn 1 kesilapan aku yg buat dia xkan hadir terus menjdai teman baik aku. aku tau dia fhm, tp dia lebih selesa mnjauhkan diri dari aku demi x masuk campur hal peribadi aku sendiri masa tu. apelah, aku kecewa sangat sebab dia dah blah cmtu je :( 'blah' hahaha

yup,kehilangan. tu yg mampu aku katakan. time kasih sebab jadik kawan yg bley bantu aku sekejap je. xlama pun. bersyukur dah aku ni..bytheway, slamat berjuang untuk masa depan kau. kesimpulannya, Kau BUKAN KAWAN YANG BAIK, SEBAB KAU PERLUKAN AKU TIME KAU SUSAH JER.BILA KAU SENANG,AKU PUN KAU TAK HINGIN NAK TEGUR. KAU JUGA BELUM MAMPU NK JADI PEMIMPIN SEBAB KAU GAGAL BAWAK AKU JADI SEORANG SAHABAT YG BERTAWADDU' PADA ALLAH TAALA. SADLY, KAU GAGAL! :D
MACAMANE BILA KAU KAWEN T,DAPAT PLAK BINI YG DEGIL, MESTI!KAU MESTI BERUBAH SEKARANG.CHANGE URSELF 1ST MAN!

p/s: aku xmrh,cume terkilan je ngn kau. sampai hati kau xnk ckp ngn aku ag smpai skang!

Blog Jiwa Jiwa: Hati Kita, Kita Punyai Rasa

Blog Jiwa Jiwa: Hati Kita, Kita Punyai Rasa: Kesunyian ini terlalu indah.. Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti kan menemani.. Walaupun pahit dan ...

baru ku sedari...

salam..

aku ngah demam...tau x sebab apa?
ada 1 hr tu, ak solat la...dlm sujud last tu aku doa,
'Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa2 kecil dan besar yg telah aku lakukan...( dan lain2 punya doa)
'Ya Allah, kabulkanlah doaku ini secepat mungkin Ya Allah,hanya engkau Tuhan yg Esa dan maha Pengasih kpd  hambaMu ini'amin....

selang beberapa hari, ni lah aku demam. lepas je aku minta Allah kabulkan cecepat. hehehehe (aku xsabar kan?) :)
Then, korg tau x ape aku rasa?
yes, aku xmengeluh n xnk mengeluh. SEBAB?
ingat x " sakit yg kurasa biar jadi penawar dosaku"
sebab tula..nilah hikmah aku sakit, Allah dah Makbulkan doa aku. secepat mungkin cam aku nak. jd,dosa2 lalu aku sedang diampunkanNya. Terima kasih Allah :)

lalu aku bersyukur, dlm keadaan sakit, aku tetap kuatkan hati dan diri utk lakukan solat fardhu. agak sulit utk berdiri,aku xtahan :(

Tapi Islam itu mudah bukan?
aku buat je secara duduk.Ya Allah, xrasa beban langsung tentang sakit ni. magic sgt2 :')
korg, aku bkn nk nunjuk,tp inilah iktibar. kisah aku, apa yg aku rasa.
nasihat aku,kalau sakit jgn mngeluh, Allah tu uji kita sbb nk bersihkan diri kita. jgn pula kita tgglkn kewajipan dia.
::aku menuju perubahan demi Allah :')::